buat masa ini..
Isnin, 13 Mei 2013 | 5:39 PTG | 0 Rain[s]
So hi ! :) well sorry lama gila tak update . ceh macam lah orang nak baca sangat kan. ingatkan lepas SPM ni free lah kononnya kan. sekali hah hamek kau. berdebum bum bum kerja. padahal duduk rumah je. Takda masa pulak nak pergi night club bagai ni. hahaha mohon dijauhkan. Twitter , facebook , apatah lagi blog, memang malas nak update. sepanjang cuti ni rasanya tak kerah otak langsung. kadang kadang je lah kalau adik tanya soalan addmath dia yang susah tu kan. tu yang sampai nak update twitter pun dah taktau nak update apa. tak boleh fikir. jarang rasanya hang out. weekend je tu pun dengan family. please kalau nak ajak hang out ajak ah kat restoran yang aku tak pernah pergi lagi. Ya , saya sangat kuat makan sekarang. jangan ajak pi shopping mall naa cek tak kerja takdak duit .semua orang pun tahu kan hidup ni tak best lah kalau mendatar je kan. kenalah ada dugaan kan. barulah orang kata ada pengalaman dan boleh belajar dari pengalaman tu. Nama pun perempuan memang tak lari dari air mata. lagi lagi usia yang meningkat remaja ni suka memberontak. Dulu masa sekolah rendah adalah kawan kawan cakap , remaja ni zaman paling susah ke macam mana tah. lebih kurang macam tu lah. Mula mula rasa macam tak percaya kan sebab dulu rasa tak sabar sabar sangat nak besar nek kerja taknak sekolah. tapi bila dah kena batang hidung sendiri memang lah rasa nak patah balik masa. Rasanya sekarang lagi banyak nangis daripada dulu kot. Ke aku sorang je yang macam ni ? taktau lah. Erm
Well you know , sekarang ni saya masih lagi menunggu tawaran sambung belajar dari mana mana pihak . Tapi nasib tak menyebelahi saya , hanya dapat 1 2 tawaran je . Alhamdulillah. Bersyukur je lah yang kita mampu. Saya percaya ni lah hasil usaha saya . Sikit usaha kita maka sikitlah hasil yang kita dapat. Menyesal pun tak guna benda dah jadi. Belajar mana mana pun sama rasanya yang penting usaha kita. usaha usaha.. Harapnya menjadi titik perubahan kepada diri ni yang tak seberapa rupanya haha. sekian wasalam